**Forever Young__

Novel : Aku Dan Dia -- Bab 1
Thursday 29 November 2012 . 0 000 Directioner(s) .
. . . Ring . . . Ring . . .
Bunyi telefon bimbit Syafira yang dari tadi berdering. Selesai sahaja sembahyang Zuhur, dia mencapai telefon bimbitnya itu. Alangkah terkejutnya dia bahawa skrin telefonnya itu terpapar nama Haziq. Sekali lagi, telefon itu berdering. Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu.
          "Assalammualaikum?" jawab Syafira dengan sopan.
          "Waalaikumsalam, Syafira! Kau ingat aku lagi tak?" kata Haziq dengan gembira. Syafira tersenyum apabila adik angkatnya yang sebaya dengannya itu bahagia. Dengan nada yang gembira, Syafira menjawab "Eh, of course laa aku ingat kau lagi. Adik angkat aku! Mana tak kenal. So, kau macam mana kat sana? Kau sihat sekarang?"
          "Hahahaha, itu laa hajat aku sebenarnya. Aku nak bagitahu kau sesuatu nie." tanpa menjawab soalan Syafira, Haziq telah beria-ia untuk bercerita dahulu. Syafira hanya tersenyum dan terus menjawab "Apa dia? Cerita la. Aku sudi mendengar."
          "Aku sekolah kat sini best. Best sangat-2! First-2, aku fikir tak nak la usyar awek kan? Jadi, aku masuk sekolah dengan azam yang tinggi tahun nie! Tiba-2, satu hari nie kan? Ada sorang awek nie masuk sekolah aku. Dia dikira budak baru la kan? Hati aku kata yang aku mula sukakan dia. Lama kelamaan, aku asyik nak stalk dia je tau! Aku stalk dia selama 2 minggu dan 'presto' aku dah kenal tentang dia. Semalam dekat sekolah, aku dah tak tahan nak pendam perasaan aku tau! Aku terus melamar dia. Dan dia terima aku!" dengan bersemangat Haziq bercerita pada Syafira satu-per-satu.
           Senyuman yang terukir dia wajah Syafira telah hilang dengan sekelip mata. Perlahan-lahan, air matanya mengalir di atas pipinya. Dia menarik nafas dalam-2 dan hembus perlahan-lahan. Dia terus berkata pada Haziq dengan suara gembira bohongnya "Oh, ye ke Haziq? Tahniah, aku tumpang bahagia. Harap kau dengan dia bahagia. Erm, Haziq. Aku nak kena buat kerja aku nie. Kita sembang lain kali je la. Assalammualaikum." bohong Syafira. Dengan sepantas kilat Syafira menekan butang merah. Akhirnya, air matanya mengalir seperti air terjun. Terus, hatinya berkata "Bagus, selepas satu. Satu yang buat aku menangis. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku." Secara tiba-2 yang dia teringat kembali peristiwa semasa zaman sekolah rendahnya dahulu. Memori itu adalah pengalaman yang pahit baginya.
           Sedang dia mengelamun panjang, tiba-2 telefon bimbitnya berbunyi lagi. Syafira mengeluh geram dan terus dia mengangkat panggilan itu dengan tidak memandang skrin telefonnya itu "Haziq, kan aku dah cakap yang aku ada kerja! Esok-2 pun kita boleh sembang kan?" jawab Syafira dengan geram. "Errr? Haziq? Fira, aku Iqah laa. Bukan Haziq, aku ganggu kau ke?"
          Terbeliak dua biji mata Syafira bahawa yang menelefonnya itu adalah rakan sekelasnya, Syafiqah yang dipanggil oleh rakan-2 lain, Iqah. Syafira tidak percaya lagi, dia terus melihat skrin telefon bimbitnya. Jadi, benar la yang dia tak mimpi. Itu sememangnya Syafiqah. Dia terus meminta maaf pada Syafiqah "Eh, Iqah! Sorry dear! Aku stress tadi. Kawan lama aku asyik kacau aku je tadi. Tu yang aku ingatkan kau nie dia. Kenapa kau call aku nie?" bohong Syafira sekali lagi. Dia tidak mahu rakannya itu menanyakan bermacam-2 soalan seperti polis.
          Syafiqah berasa hairan tetapi pura-2 faham. Terus mereka berborak tentang kerja rumah yang perlu disiapkan.

******
          "Iyee mak, Ecah faham. Nanti Ecah bagitahu bapak yeh? Okay mak. Hati-2 kat Segamat. Kirim salam Ecah kat sedara-2 kita tau! Assalammualaikum!" selepas mendengar emaknya menjawab salam, Aisyah baring atas katil sambil melayan perasaannya. Dia ingin ke rumah Syafira, tetapi tiada siapa di rumah. Kunci rumah pula, ayahnya yang pegang. Dia tidak ada kunci kedua. Jadi, dia membuat keputusan untuk online.
          Dia on komputer ribanya yang berjenama Acer, connect broadband Digi miliknya dan terus dia taip URL Facebook. Keluar sahaja tempat untuk Log In, dia terus taip emel-nya dan password-nya. Home Facebook-nya pun sudah terpampang. Dia terus membuka 2 friend requests dan 15 notification. Pandangannya mengalih kepada chat bar yang berada di sebelah kanan. Nama Syafira ada disitu dan butang warna hijau juga ada. Itu bermaksud Syafira juga online.
          Tidak sampai 10 saat Aisyah online, Syafira sudah memulakan chat.
Syafira : Ecah! Today is my bad day!
Aisyah : Asal?
Syafira : Tadi, Haziq call aku. Aku ingatkan dia nak cerita apa laa kan? Sekali dia cerita tentang dia dah ada makwe baru. Menangis aku! Sekarang dah okay sikit laa. Tapi, tadi aku menangis dengan teruk.
Aisyah : Asal pula dia bagitahu kau yang dia ada makwe? Itu pun nak bagitahu perempuan ke?
Syafira : Ecah, fikir laa sikit. Aku dengan dia kan dah macam adik dengan kakak. Apa-2, mesti dia luahkan kat aku kan? Dia nak luahkan dekat siapa lagi? Dengan family dia? Ergh, harapan laa! Dengan kawan-2 dia? Dia kata, sorang pun dia tak percaya!
Aisyah : Yang kau pun lagi satu, kenapa laa kau tak bagitahu dia yang kau suka dia je?
Syafira : Are you mad, women? Girls do not start first. Aku takkan mulakan! Hmm, takpe laa Ecah. Dia bukan untuk aku. Aku dengan dia just layak untuk berkawan jee.
Aisyah : Haii , ikut kau laa Fira. Janji itu yang terbaik untuk kau, sudah...
Syafira : Kau tengah..? Eh, Ecah! Nazrul chat dengan aku laa! Aku layan dia kejap tau. Kau jangan hilang.
Aisyah : Ye laa, Cik Fira oii.
           Hati Syafira mula berdebar. Dia terus membalas sapaan Nazrul dia Alam Maya.
Nazrul : Assalammualaikum :)
Syafira : Waalaikumsalam.
Nazrul : Kau sihat, Syafira?
Syafira : Alhamdulillah, sihat. Kau?
Nazrul : Alhamdulillah, aku pun sihat juga. Aku ganggu kau ke?
Syafira : Eh, takde laa. Kenapa, Naz? Kau ada hal ke?
Nazrul : Ye, aku ada hal nak kena bagitahu kau. Kalau kau busy, takpe laa.
Syafira : Eh, Naz! Aku okay je laa. Kau nak bagitahu apa? Bagitahu laa.
Nazrul : Aku sebenarnya dah lama nak bagitahu kau dah! Dah lama sangat cuba tak tahu bila je masa nak bagitahu. Aku takut kau tak terima jee. Ye laa, siapa laa aku kan?
Syafira : Astaghfirullah, Naz. Cakap je laa. Kau jangan sampai aku offline karang.
Nazrul : Okay-2 , aku sebenarnyaaa...
Syafira : Kau sebenarnya?
Nazrul : Aku sebenarnya sukaaa..
Syafira : Ya Allah, jangan berhenti-2 boleh tak? Kau sebenarnya suka siapa?
Nazrul : Aku sebenarnya sukakan kau, Syafira!
Syafira : What? Kau suka aku? Hahahaha, kau buat lawak ye Naz? Betul-2 laa kau suka siapa?
Nazrul : Ya Allah, Syfira! Aku serious laa! Aku suka kau!
Syafira : Maaf Nazrul, aku dah tawar hati dengan kau! Sejak peristiwa tahun lepas tu, yang kau malukan aku depan orang ramai. Aku tak boleh lupakan, Nazrul. Aku dulu memang ada hati dengan kau dulu, tapi. Sejak peristiwa tu, kau laa lelaki pertama yang mengajar aku menangis tentang cinta! Sungguh, aku berterima kasih kat kau Nazrul. Kau buat aku menangis memanjang, kau buat aku makin berfikir cinta tu kejam dan kau buat aku macam orang bodoh! Terima kasih laa, Nazrul. Aku betul-2 hargai jasa kau semua! Assalammualaikum.
           Sepantas kilat, Syafira menekan butang Log Out. Dia menyandar di kerusinya lalu perlahan-2 mengalirkan air matanya. Beberapa minit kemudian, Aisyah menelefonnya. Dia mengangkat dengan teresak lalu menjawab "Hello?" . "Fira! Kenapa kau offline? Kau kata dengan aku jangan hilang, sekarang kau yang hilang! And, apa cerita dengan Nazrul tu? Dia cakap apa kat kau?"
           Di hujung talian, Aisyah terdengar esakan Syafira. Aisyah berasa hairan lalu dia menujukan soalan kepada Syafira "Erm, Fira? Kau menangis ke? Nazrul cakap apa kat kau? Kau lagi baik bagitahu aku sekarang!" . Dengan teresak-2, Syafira menjawab soalan Aisyah "Nazrul suka aku. Dia serious suka aku. Aku kan memang dah takde hati kat dia, aku pun terus luahkan perasaan aku terhadap dia! Aku bagi la tahu yang dulu aku suka dia semua. Lepas aku bebel panjang, terus aku offline sebab aku dah tak nak diganggu oleh sesiapa. Sorry la, Ecah buat kau tunggu. Aku dah tak boleh control dah, Ecah!"
           Aisyah mengeluh panjang, dia hanya dapat nasihatkan adik angkatnya supaya bersabar sahaja. Dia sudah masak dengan Syafira menangis

 ******


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction